FOTO AFP
NUKU'ALOFA, 2 Februari - Tonga menguatkuasakan sekatan pergerakan bermula RABU selepas dua kes COVID-19, dikesan di kepulauan terpencil itu.
Tindakan tersebut diambil ketika negara itu bertungkus lumus untuk pulih dari kemusnahan akibat letusan gunung berapi, bulan lalu.
Perdana Menteri, Siaosi Sovaleni mengumumkan sekatan berkuat kuasa dari 6-petang Rabu.
Kepulauan itu yang bebas virus berkenaan sebelum ini, mengesan kes positif membabitkan dua lelaki di Nuku'alofa, minggu ini.
"Lelaki berkenaan bekerja di pelabuhan di ibu negara yang menguruskan bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia sejak 15 Januari lalu," katanya. -AFP