FOTO AFP
WASHINGTON, 2 Februari - Syarikat farmaseutikal Pfizer dan BioNTech sedang menunggu kebenaran penggunaan kecemasan dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat untuk vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak berusia enam bulan hingga 5 tahun.
Jika dua dos vaksin berkenaan diluluskan, ia akan menjadi vaksin pertama tersedia untuk kumpulan usia berkenaan di Amerika Syarikat.
Menurut syarikat berkenaan, permohonan rasmi mengenainya telah dikemukakan kepada badan kawal selia itu.
FDA mengesahkan akan mengadakan mesyuarat bagi mempertimbangkan permohonan tersebut, 15 Februari ini.
"Memiliki vaksin yang selamat dan berkesan tersedia untuk kanak-kanak dalam kumpulan umur ini adalah keutamaan bagi agensi itu," kata ketua sementara FDA Janet Woodcock.-AFP