fb fb fb fb fb

Puting beliung landa Missouri, lima terkorban

(Foto REUTERS)

MISSOURI, 6 April- Seramai lima orang maut disebabkan puting beliung yang melanda daerah Bollinger di sini pada Rabu.

Menurut Peronda Lebuhraya Negeri Missouri, kejadian turut menyebabkan bumbung kediaman rosak, pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus di sini.

"Lima orang turut cedera dalam insiden tersebut. Banyak premis perniagaan dan kediaman rosak. Sebanyak 12 bangunan musnah," katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata puting beliung itu melanda kawasan berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi waktu tempatan.

Menurut media tempatan, puting beliung turut melanda Bryant dan Illinois sehingga menyebabkan kecederaan terhadap orang awam.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan -REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu