fb fb fb fb fb

Empat kanak-kanak terbunuh, lelaki bersenjatakan kapak serang tadika

(Anggota keselamatan berkawal di depan tadika tempat kejadian
serangan memabitkan kematian empat kanak-kanak / AFP)

RIO DE JANEIRO, 6 April- Seorang lelaki bersenjatakan kapak menyerang sebuah tadika dan membunuh empat orang kanak-kanak.

Kejadian berlaku di sebuah tadika di selatan Brazil pada Rabu.

Polis dan pegawai kerajaan di negeri Santa Catarina berkata lelaki itu telah menyerang sebuah sekolah tadika swasta, dikenali sebagai Good Shepard Centre, pada pagi Rabu di bandar Blumenau, turut menyebabkan empat mangsa cedera.

Presiden Luiz Inacio Lula da Silva mengutuk serangan itu sebagai keganasan.

"Tiada kesakitan yang lebih besar daripada keluarga yang kehilangan anak atau cucu, lebih-lebih lagi apabila ia melakukan keganasan terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah dan tidak berdaya," tulisnya di Twitter.

ā€œIngatan dan doa saya bersama keluarga mangsa."

Sumber kerajaan negeri mengesahkan kepada AFP empat mangsa yang terbunuh adalah kanak-kanak.

Laporan media Brazil mengatakan senjata yang digunakan menyerupai kapak.

Gabenor Santa Catarina Jorginho Mello mengisytiharkan tiga hari berkabung di negeri itu.

Keganasan di sekolah telah meningkat di Brazil sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Minggu lalu, seorang budak lelaki berusia 13 tahun membunuh seorang guru di sebuah sekolah di Sao Paulo.

Pada November, seorang penembak berusia 16 tahun membunuh empat orang dan mencederakan lebih 10 yang lain dalam dua serangan ke atas dua sekolah di bandar tenggara Aracruz, di negeri Espirito Santo.

Pada 2019, dua bekas pelajar menembak mati lapan orang di sebuah sekolah menengah di Suzano, di luar Sao Paulo, kemudian turut membunuh diri.

Kes tembakan di sekolah paling dahsyat di negara itu menyebabkan 12 kanak-kanak maut pada 2011, apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di bekas sekolah rendahnya di pinggir bandar Rio de Janeiro, Relengo, kemudian membunuh dirinya sendiri.-AFP


(Beg-beg sekolah kelihatanĀ bersusun di luar kelas tempat empat kanak-kanak

dibunuh menggunakan kapak oleh seorang penyerang pada Rabu / AFP)

Media Baharu