fb fb fb fb fb

Guinea rampas 1.5 tan kokain

CONAKRY, 6 April- Guinea merampas lebih 1.5 tan kokain daripada kapal berbendera Sierra Leone.

Kokain itu ditemui di dalam kapal yang dinaiki oleh tentera laut semasa rondaan rutin pada Ahad, menurut satu kenyataan tentera.

Krew kapal itu terdiri daripada empat warga Sierra Leone, tiga warga Ghana dan tiga warga Guinea.

Pihak berkuasa menyerahkan kokain dan anak kapal kepada pendakwa raya di Conakry, ibu negara, di mana siasatan ke atas insiden itu sedang dijalankan, tambah kenyataan itu.

Afrika Barat dan Tengah telah lama menjadi hab transit utama dalam perdagangan kokain global, dengan penggunaan dadah tempatan meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurut laporan yang diterbitkan tahun lepas oleh Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC).

(FOTO AFP)

Antara tahun 2019 dan 2022, sekurang-kurangnya 57 tan kokain telah dirampas dalam perjalanan ke Afrika Barat.

Sepanjang tempoh itu, 16.6 tan dirampas di Cape Verde, 4.7 tan di Senegal dan 3.9 tan di Benin, kata laporan itu. -AFP

Media Baharu