MOSCOW, 6 Julai- Pemimpin Rusia Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada calon reformis Iran, Masoud Pezeshkian atas kemenangannya dalam pemilihan presiden, kata Kremlin pada Sabtu.
"Saya berharap tempoh anda sebagai presiden akan menyumbang kepada pengukuhan kerjasama dua hala yang membina antara rakyat kita yang mesra," kata Putin dalam mesej kepada Pezeshkian.
Pezeshkian menerima lebih 16 juta undi, sekitar 54 peratus, manakala pesaingnya, Saeed Jalili, memperoleh lebih 13 juta, kira-kira 44 peratus, daripada kira-kira 30 juta undian pada pusingan kedua.
Pilihan raya tersebut diadakan selepas kematian presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter.
Empat calon bertanding pada pusingan pertama yang diadakan pada 28 Jun lalu.-AFP