fb fb fb fb fb

Putin sokong cadangan Trump kurangkan perbelanjaan pertahanan

FOTO AFP

MOSCOW, 25 Februari- Presiden Rusia, Vladimir Putin, pada Isnin menyokong cadangan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, Donald Trump, agar Rusia, AS dan China masing-masing mengurangkan perbelanjaan pertahanan sebanyak 50 peratus.

"Saya fikir ia idea yang baik. AS potong 50 peratus, kami potong 50 peratus dan kemudian China boleh sertai jika mahu," kata Putin dalam satu temu bual yang disiarkan di televisyen.

Rusia telah meningkatkan perbelanjaan ketenteraan secara besar-besaran sejak melancarkan serangan ke atas Ukraine pada 2022, yang merangsang pertumbuhan ekonomi tetapi turut mencetuskan inflasi.

Tahun lalu, Putin berkata perbelanjaan pertahanan dan keselamatan untuk 2024 dijangka mencecah kira-kira 8.7 peratus daripada KDNK.

Beliau menambah bahawa meskipun tidak boleh bercakap bagi pihak China, Rusia "boleh mencapai persetujuan dengan AS (tentang pengurangan perbelanjaan), kami tidak menolaknya."

"Kami fikir ia satu cadangan yang baik dan bersedia untuk berbincang mengenainya," katanya.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE