fb fb fb fb fb

Rusia setuju hasilkan memorandum damai dengan Ukraine

Foto Arkib

MOSCOW, 20 Mei – Presiden Rusia, Vladimir Putin bersetuju dengan Presiden AS, Donald Trump untuk mencadangkan satu memorandum bersama Ukraine bagi merangka kemungkinan perjanjian damai.

"Kami bersetuju dengan Presiden Amerika dan Rusia bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Ukraine ke arah perjanjian damai," ujar beliau kepada wartawan selepas panggilan telefon lebih dua jam bersama Trump.

Putin turut menyifatkan perbualan dengan Trump sebagai langkah positif ke arah menamatkan konflik Rusia-Ukraine.

Memorandum itu kelak akan menggariskan prinsip penyelesaian, tempoh perjanjian, serta kemungkinan gencatan senjata jika persetujuan dicapai.

Putin turut berterima kasih kepada Trump atas inisiatifnya memudahkan rundingan langsung pertama antara Moscow dan Kyiv dalam tempoh tiga tahun.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN