fb fb fb fb fb

Putin lancar dua kapal selam nuklear baharu

Vladimir Putin melawat kapal selam Kasatonov di pangkalan tentera laut di bandar utara Severodvinsk, Rusia/REUTERS

RUSIA, 11 Disember- Presiden Rusia Vladimir Putin menghadiri majlis menaikkan bendera bagi pelancaran dua kapal selam nuklear terbaharunya sebagai usaha strategik bagi projek Tentera Laut Rusia.

Putin ke bandar utara Severodvinsk untuk melihat kapal, Krasnoyarsk dan The Emperor Alexander III, di kawasan pembinaan kapal Sevmash.

Kedua-dua kapal berkuasa nuklear akan mula mengawal di Pasifik dan merupakan dua kapal selam yang sedang dilancarkan oleh Rusia.

"Kami akan mengukuhkan kesediaan tempur Tentera Laut Rusia di Artik, Laut Hitam, Laut Baltik dan Laut Caspian. Ia merupakan kawasan strategik paling penting di lautan dunia," katanya.

The Emperor Alexander III adalah kapal selam nuklear baharu Rusia, generasi baharu pertama yang dilancarkan sejak Perang Dingin.

Kementerian Pertahanan berkata kapal itu berjaya menguji peluru berpandu balistik antara benua Bulava yang berkeupayaan nuklear bulan lepas.

Menurutu Putin, Krasnoyarsk adalah kapal selam pelbagai guna yang dilengkapi dengan peluru berpandu jarak jauh dan berketepatan tinggi yang boleh menyerang sasaran di laut dan darat.

Putin, mengumumkan beliau akan memohon satu lagi penggal sebagai Presiden dalam pilihan raya pada Mac depan.

Selain itu beliau berkata, potensi senjata generasi baharu Rusia khususnya sistem nuklearnya dikatakan sebagai penghalang kepada Barat.

Penganalisis keselamatan berkata senjata nuklear mula diberi tumpuan oleh Putin sejak permulaan konflik Ukraine.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI