fb fb fb fb fb

Penduduk Gaza kekurangan bekalan makanan

Orang awam dan kanak-kanak beratur untuk mendapatkan bekalan air/REUTERS

GAZA, 11 Disember- Pertempuran oleh tentera Israel selepas gencatan senjata selama seminggu terus mencetuskan kebimbangan penduduk Gaza.

Kawasan selatan Gaza terus dibedil berikutan sekatan penuh yang dikenakan oleh Israel.

Pesawat perang tentera Israel terus menyerang kawasan di barat selain turut melancarkan serangan di bahagian utara Gaza.

Berikutan serangan itu penduduk Gaza terpaksa melarikan diri menggunakan trak bantuan.

Kekukarangan bekalan makanan menyebabkan orang awam mati kelaparan dan kesejukan.

"Kelaparan dan kekurangan bekalan makanan menyebabkan ramai orang awam maut," kata penulis Aziz Almasri menerusi satu hantaran di facebook.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI