fb fb fb fb fb

Putin kagum cara Kazakhstan tangani krisis

FOTO AFP

MOSCOW, 11 Februari- Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi pujian tindakan yang dilakukan rakan sejawatannya dari Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev susulan krisis berdarah di negara itu bulan lepas.

Dalam krisis itu, lebih 200 orang maut susulan protes mengenai isu harga minyak di bebarapa bandar utama negara itu.

Lebih 2,000 tentera Organisasi Perjanjian Kemananan (CSTO) yang di ketuai Rusia dikerah bagi menyokong Tokayev.

Tokayev mendakwa keganasan yang tercetus adalah perbuatan penjahat dan pengganas antarabangsa.

Tambah Putin, apa yang dilakukan rakan sejawatannya dalam krisis itu adalah bagi memulihkan keadaan dan Rusia katanya melakukan apa sahaja untuk menyokong presiden Kazakhstan.

Tokayev pula dalam reaksi balasnya berkata Rusia telah memainkan peranan yang sangat penting untuk kestabilan di rantau berkenaan. -AFP

Media Baharu