fb fb fb fb fb

Mesyuarat Quad bincang pelbagai isu global

FOTO AFP

MELBOURNE, 11 Februari- Perubahan iklim, COVID-19 dan ancaman China terhadap Indo-Pasifik menjadi agenda utama dalam mesyuarat Quad yang dianggotai Australia, Amerika Syarikat, India dan Jepun.

Selain itu, isu melibatkan barat berhubung konflik Rusia - Ukraine juga dijangka mendapat perhatian kali ini.

Sempena mesyuarat itu Perdana Menteri Australia, Scott Morrison telah mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Negara Amerika, Antony Blinken dan Menteri Luar Jepun serta India hari ini.

Mesyuarat melibatkan peringkat menteri itu akan meneruskan perbincangan ke arah mencapai beberapa matlamat tanpa sebarang pengumuman ikrar baharu.

Perkara berkenaan dijangka berlaku pada sidang kemuncak pemimpin Quad di Jepun yang akan turut dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Kehadiran Blinken selepas beberapa hari China dan Rusia mengisytiharkan tiada had perkongsian strategik terhadap Amerika Syraikat. -AFP

Media Baharu