fb fb fb fb fb

Perubahan iklim, COVID-19 dan ancaman China jadi agenda utama mesyuarat Quad

MELBOURNE, 11 Februari - Perubahan iklim, COVID-19 dan ancaman China terhadap Indo-Pasifik menjadi agenda utama dalam mesyuarat Quad yang terdiri daripada Australia, Amerika Syarikat, India dan Jepun.

Mesyuarat berlangsung di Melbourne.

Selain itu, isu yang ketika ini hangat melibatkan Barat berhubung konflik Rusia - Ukraine juga dijangka mendapat perhatian.

Sempena mesyuarat itu Perdana Menteri Australia, Scott Morrison telah mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Negara Amerika, Antony Blinken dan Menteri Luar Jepun serta India.

Mesyuarat melibatkan peringkat menteri itu akan meneruskan perbincangan ke arah mencapai beberapa matlamat tanpa sebarang pengumuman ikrar baharu.

Perkara berkenaan dijangka berlaku pada sidang kemuncak pemimpin QUAD di Jepun yang akan dihadiri Presiden Joe Biden.

Kehadiran Blinken selepas beberapa hari China dan Rusia mengisytiharkan tiada had perkongsian strategik terhadap Amerika Syarikat.

 

Media Baharu