fb fb fb fb fb

Perancis batal keperluan ujian COVID-19 kepada pelancong lengkap vaksinasi

FOTO AFP

PARIS, 12 Februari - Perancis membatalkan keperluan ujian COVID-19 kepada semua pelancong yang lengkap menerima vaksin masuk ke negara itu mulai hari ini.

Menerusi kenyataan, kerajaan negara itu memaklumkan semua pelancong hanya perlu menunjukkan bukti mereka telah menerima vaksinasi lengkap dari negara asal.

Langkah itu bertepatan dengan fasa baharu pandemik yang digunakan oleh kebanyakan negara.

Bagi pelancong yang belum divaksinasi, mereka masih perlu melaksanakan ujian COVID-19.

Bagaimanapun prosedur operasi standard lain seperti pelaksanaan ujian COVID-19 sewaku ketibaan dan kuarantin tidak lagi diwajibkan sekiranya pelancong itu tiba dari negara 'Senarai Hijau'. - AFP

 

Media Baharu