fb fb fb fb fb

Keputusan Amerika Syarikat beku aset Afghanistan, undang kemarahan Taliban

FOTO AFP


WASHINGTON, 12 Februari - Keputusan Amerika Syarikat membekukan aset Afghanistan terdahulu, sebanyak AS$7 bilion mengundang kemarahan kerajaan Taliban.

Presiden Joe Biden mahu aset tersebut digunakan sebagai bayaran pampasan kepada mangsa tragedi 11 September dan bantuan kemanusiaan pasca peperangan di Kabul.

Menurut seorang pegawai tertinggi Amerika, dana berkenaan merupakan bantuan asing kepada kerajaan Afghanistan, bagi membantu memulihkan semula negara tersebut.

Ia kini berada dalam simpanan Rizab Persekutuan New York, sejak Taliban mengambil alih Kabul. -REUTERS

 

Media Baharu