fb fb fb fb fb

Konflik Rusia - Ukraine: Dagangan Wall Street merosot, harga minyak melonjak

FOTO AFP

NEW YORK, 12 Februari- Pasaran saham Wall Street merosot pada Jumaat manakala harga minyak melonjak selari amaran White House kemungkinan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Pasaran kewangan terjejas sebaik taklimat Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan yang menyatakan pencerobohan Rusia boleh “bermula pada bila-bila masa,” termasuk ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing berlangsung.

“Jika Rusia meneruskan serangan ke atas Ukraine, ia mungkin bermula dengan serangan bom dari udara dan peluru berpandu yang berisiko tinggi membunuh orang awam,” kata Sullivan. “Rakyat Amerika Syarikat di Ukraine perlu meninggalkan negara dalam apa jua keadaan dengan segera dalam tempoh 24 hingga 48 jam dari sekarang.”

Sejak kebelakangan ini, para pelabur dilihat kurang bimbang akan pencrobohan Rusia ke atas Ukraine berikutan rundingan pihak barat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Namun, pasaran bursa saham AS itu merudum selepas kenyataan Sullivan mengenai serangan Rusia; menyaksikan S&P 500 merosot 1.9% kepada 4.418.64 pada sesi penutupan semalam.

Begitu juga pasaran Wall Street lain seperti indeks Nasdaq merosot 2.78% ke 13,791.15. Indeks Dow Jones jatuh 503,53 mata atau 1.43% kepada 34,738.06.

Menurut Penganalisis, penjualan itu mungkin meningkat disebabkan peralihan pelabur dalam ‘mod risiko’ bagi mengurangkan impak sepanjang dua hari tiada dagangan.

Sementara itu, minyak mentah Brent North Sea, naik 3.3% pada AS$94.99 setong manakala West Texas Intermediate juga naik 3.6% menjadikan harga AS$93.10 setong. -AFP

Media Baharu