fb fb fb fb fb

Putin jemput pemimpin Arab ke Sidang Kemuncak dengan Rusia

MOSCOW, 18 Mei - Presiden Rusia Vladimir Putin menjemput semua pemimpin negara-negara Arab dan Setiausaha Agung Liga Arab untuk menghadiri Sidang Kemuncak Rusia-Arab pertama yang dijadual diadakan 15 Oktober depan, lapor agensi berita Qatar (QNA).

Menurut Kremlin, undangan itu disampaikan melalui mesej dari Putin kepada pemimpin Arab, sempena pelancaran Sidang Puncak Liga Arab ke-34 di Baghdad pada Sabtu.

Dalam mesejnya, Presiden Putin mengulangi komitmen Rusia untuk mengukuhkan dialog dengan Liga Arab dan meningkatkan hubungan persahabatan dengan semua negara anggota.

Beliau turut menzahirkan keyakinan sidang puncak berkenaan bakal menyumbang kepada usaha memajukan kerjasama dalam pelbagai bidang serta menyokong usaha mencapai keamanan, keselamatan dan kestabilan di Timur Tengah dan Afrika Utara.- AP

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN