fb fb fb fb fb

Putera Mahkota Jordan, isteri sambut kelahiran anak pertama

Putera Al Hussein mendukung Puteri Iman di hospital hari ini/Reuters

AMMAN, 3 Ogos- Isteri kepada Putera Mahkota Jordan, Al Hussein bin Abdullah II iaitu Puteri Rajwa Al Saif selamat melahirkan anak pertama mereka, pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Mahkamah Diraja Jordan dalam satu kenyataan hari ini yang turut memaklumkan bayi perempuan tersebut dinamakan sebagai Puteri Iman.

Raja dan Permaisuri Jordan juga meraikan kegembiraan dengan kedatangan cucu pertama mereka menerusi akaun media sosial.

Sebuah video turut disiarkan keluarga diraja itu yang menunjukkan Putera Al Hussein mendukung Puteri Iman di sebuah hospital di sini.

Putera Al Hussein dan Puteri Rajwa yang merupakan warga Arab Saudi disatukan sebagai suami isteri pada 1 Jun 2023 di sini, ibu kota Jordan. -Reuters

0308 BD JORDAN PUTERA MAHKOTA 2
Putera Al Hussein dan Puteri Rajwa disatukan pada 1 Jun 2023/Instagram alhusseinjo

SITI AISHAH MD ISA