fb fb fb fb fb

Putera Harry alami ADD- Pakar trauma

(Memoir 'Spare' oleh Putera Harry yang diterbitkan pada Januari)

LONDON, 5 Mac- Putera Harry dilaporkan mendedahkan bahawa dia telah lama merasakan 'sedikit berbeza' berbanding seluruh keluarga diraja Britain yang lain dalam temu bual pada Sabtu dengan pakar trauma.

Dalam perbincangan dengan Dr Gabor Mate, Harry, 38, menyifatkan dirinya datang dari keluarga yang rosak dan berkata dia cuba untuk tidak memberikan trauma kepada anak-anaknya, menurut laporan perbualan yang disiarkan secara langsung.

Temu bual itu susulan penerbitan memoir kontroversi putera itu, 'Spare', Januari lalu di mana dia mengakui masa remajanya dicemari dengan dadah dan alkohol serta memperincikan kerosakan dalam hubungannya dengan bapanya Raja Charles III, dan abangnya William.

"Saya merasakan sepanjang hidup saya, masa muda saya, saya berasa sedikit berbeza dengan seluruh keluarga saya," kata Harry kepada Mate.

"Saya berasa pelik berada dalam lingkungan ini, dan saya tahu bahawa ibu saya merasakan perkara yang sama jadi ia masuk akal untuk saya," tambahnya, merujuk kepada mendiang ibunya Puteri Diana.

Harry bagaimanapun terus memuji isterinya Meghan Markle kerana telah 'menyelamatkannya'

"Saya terperangkap dalam dunia ini, dan dia (Meghan) berasal dari dunia yang berbeza dan membantu menarik saya keluar dari situ," katanya sambil menyifatkan isterinya sebagai 'manusia yang luar biasa'.

Semasa perbualan itu, Mate, pengarang beberapa buku mengenai trauma, ketagihan dan penyakit secara terbuka mendiagnosis Harry mengalami gangguan kekurangan perhatian (ADD).

Merumuskan kehidupan putera itu, yang kehilangan ibunya pada usia 12 tahun dan kemudian berkhidmat dengan angkatan tentera Britain di Afghanistan, Mate berkata terdapat 'banyak trauma dan penderitaan'.

Harry yang berpangkalan di California, meninggalkan UK dan kehidupan diraja untuk bersama Meghan pada 2020 di tengah-tengah keretakan dengan monarki, secara terbuka mendedahkan gaya keibubapaannya terhadap dua anak mereka, Archie yang berusia tiga tahun dan Lilibet yang berusia satu tahun.

"Saya rasa tanggungjawab yang besar untuk tidak meneruskan sebarang trauma atau pengalaman negatif yang saya alami semasa kecil atau sebagai seorang lelaki yang sedang membesar," katanya.

Tambah Harry, bersama-sama dengan Meghan mereka cuba belajar daripada masa lalu dan berkembang berusaha kitaran tersebut.

Dalam memoirnya, Harry mengaku menggunakan ganja secara kerap pada awal kehidupannya, dan kokain pada beberapa kesempatan ketika dia masih remaja, mengatakan dia 'bersedia mencuba hampir apa sahaja yang akan mengubah perintah yang telah ditetapkan'.

Katanya, kokain tidak tidak memberikan kesan kepadanya tetapi berkata ganja 'berbeza'.

"Itu sebenarnya benar-benar membantu saya," katanya.

Menerusi memoir 'Spare, Harry mendakwa abang William menyerangnya semasa pertengkaran tentang Meghan yang dikatakan telah memburukkan lagi hubungan mereka dengan kerabat yang lain.

Masih tidak jelas sama ada mereka akan menghadiri pertabalan penting Charles pada awal Mei.-AFP


(Putera Harry (KANAN) dan isterinya Meghan)

Media Baharu