fb fb fb fb fb

Marianne Williamson mula kempen jawatan Presiden AS, 2024

(Marianne Williamson / AFP)

WASHINGTON, 5 Mac- Penulis Amerika Syarikat (AS) Marianne Williamson secara rasmi akan bertanding bagi membida jawatan Presiden pada 2024.

Beliau akan bertanding atas tiket Parti Demokrat.

Beliau yang berusia 70 tahun itu juga sudah melancarkan kempennya di Washington DC sejak Sabtu lalu.

Williamson adalah ahli Demokrat pertama yang secara rasmi mengumumkan bidaan untuk pencalonan 2024.

Beliau dijangka akan mencabar Presiden daripada parti sama, Joe Biden.

Bagaimanapun, Joe Biden masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi untuk bertanding atau sebaliknya.

Williamson menjadi terkenal semasa Pilihan Raya Presiden pada 2020, namun, kempennya hanya bertahan selama setahun dan beliau akhirnya mengundur diri pada Januari 2020.-AFP


(Marianne Williamson (KIRI) bersama Joe Biden / AFP)

Media Baharu