fb fb fb fb fb

Kematian pendatang haram: Kerajaan Itali enggan bertanggungjawab

(FOTO AFP)

ROME, 5 Mac-Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni menolak pertanggungjawaban terhadap kerajaan Itali susulan tragedi kapal karam di selatan negara itu yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 69 pendatang haram.

Meloni dilaporkan berkata kejadian itu adalah tragik dan tidak menenrima sebarang isyarat kecemasan daripada pengawal pantai atau sempadan.

"Situasi tersebut boleh dikatakan sebagai tragik. Kami tidak menerima sebarang isyarat kecemasan daripada Frontex, dan agensi pengawal pantai berhubung perkara tersebut", katanya.

Meloni turut menafikan kerajaan Itali lambat bertindak menangani perkara berkenaan.

"kami melakukan apa yang terdaya bagi menyelamatkan nyawa setelah dimaklumkan", kata Meloni lagi.

Kerajaan Itali kini berdepan tekanan daripada pembangkang berkaitan isu tersebut yang mendesak agar Menteri Dalam Negeri, Matteo Piantedosi agar meletakkan jawatan.

Jabatan Keadilan Itali sedang menyiasat berkaitan masa yang diperlukan pasukan penyelamat sampai ke tempat kejadian yang menyaksikan sebahagian daripada 200 pendatang yang lemas di Steccato selatan daerah Calabria.

Angka kematian mencecah 69 orang setelah pihak berkuasa menemui mayat kanak-kanak berusia tiga tahun.

Pendakwaraya di Crotone membuka kertas siasatan pada khamis bagi menyiasat kegagalan yang berlaku semasa operasi menyelamat.

Dua bot pengawal pantai Itali dikatakan gagal memintas kapal berikutan cuaca buruk selepas Frontex melaporkan mengesan kapal tersebut petang sebelum kejadian sebelum karam akibat laut bergelora.

Datuk bandar Crotone, Vincenzo Voce menyalahkan Meloni susulan peristiwa berkenaan dalam surat terbukanya.

Sebaliknya, wanita itu menjelaskan isu tersebut tidak boleh ditunding kepada Itali, tetapi isu ketibaan pedatang haram perlu dihentikan bagi menyelesaikan masalah.

"Itali tidak boleh menyelesaikan masalah secara sendirian. Bagi memastikan agar tiada lagi kematian, pendaratan secara haram perlu dihentikan", katanya.

Rom sebelum ini menuduh rakan sekutunya, Kesatuan Eropah (EU) tidak menunjukkan solidariti kepada negara berkenaan dalam menangani ketibaan pendatang haram ke negara berkenaan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Itali, lebih 14,000 pendatang haram tiba dan memasuki perairan negara itu tahun ini menyaksikan pertambahan dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu-AFP


(Keadaan lokasi kapal karam mengorbankan 69 nyawa di Crotone/Foto AFP)

Media Baharu