fb fb fb fb fb

Pemenang Anugerah Nobel, Ales Bialiatski dipenjara 10 tahun

(FOTO AFP)

MINSK, 5 Mac-Pemenang Anugerah Nobel Keamanan, Ales Bialiatski dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Belarus.

Hukuman itu dikenakan selepas Bialiatski didapati bersalah membiayai tunjuk perasaan yang berlaku di negara itu.

Bialiatski menerima Anugerah Nobel Keamanan pada Oktober tahun lalu kerana usahanya memperjuangkan hak asasi dan demokrasi di Belarus yang dipimpin oleh Presidennya, Alexander Lukashenko.

Satu rakaman dari mahkamah Minsk menunjukkan Bialiatski kelihatan muram dengan kedua-dua tangannya bergari.

Bialiatski yang ditahan pada 2021, bersama tiga lagi individu didakwa dengan pertuduhan membiayai protes dan penyeludupan wang.

Tiga individu berkenaan adalah Valentin Stefanovich yang dijatuhi hukuman penjara selama sembilan tahun serta Vladimir Labkovich dan Dmitry Solovyov masing-masing dikenakan penjara tujuh tahun dan lapan tahun.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mengecam perbicaraan berkenaan.-AFP


(Ales Bialiatski menerima anugerah Nobel pada 2022 atas usaha perjuang hak asasi dan
demokrasi di Belarus/Foto AFP)

Media Baharu