fb fb fb fb fb

12 maut akibat letupan saluran paip minyak Shell di Nigeria - Polis

NIGERIA, 5 Mac - Sekurang-kurangnya 12 orang maut apabila saluran paip minyak yang dimiliki oleh Shell (SHEL.L) meletup pada Jumaat.

Pihak berkuasa berkata, dijangka ramai lagi yang maut dalam letupan itu yang mana paling terjejas adalah komuniti di Emohua.

Jurucakap syarikat Shell Petroleum Development (SPD) Nigeria Limited berkata kebakaran berlaku di saluran paip Rumuekpe-Nkpoku di Rivers State dan pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memadamkan kebakaran itu.

Jurucakap pertahanan awam Emohua, Garuba Yabuku berkata, kejadian berlaku kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan yang merupakan pusat industri minyak terbesar di Afrika itu.

“Saluran paip itu musnah terbakar,” katanya.

Manakala api masih marak dari saluran paip bersebelahan dengan lima kenderaan yang terbakar diantara hutan sawit.

Ogbonna Francis ketua masyarakat di kawasan itu berkata orang ramai turut melecur dalam kebakaran itu termasuk lelaki dan perempuan.

SPD berkata siasatan akan diketuai kerajaan dan pasukan bersama bagi mencari punca kejadian tragedi itu.

Kecurian minyak dan sabotaj saluran paip adalah perkara biasa di kawasan tengah pengeluaran minyak di selatan Nigeria. 

Kaedah yang digunakan untuk mencuri minyak sering mengakibatkan kemalangan sehingga menyebabkan kebakaran.

Pada April tahun lepas, tragedi yang sama mengorbankan 100 orang - REUTERS


(Tapak letupan saluran paip minyak mentah di Emohua/FOTO REUTERS)

Media Baharu