fb fb fb fb fb

Puluhan terbunuh dalam serangan terbaru Israel di selatan Gaza

Puluhan mayat di bilik mayat sementara/Al-Jazeera

GAZA, 23 Oktober- Berpuluh-puluh orang telah dilaporkan terbunuh berikutan serangan terbaru Israel di selatan Gaza, dengan mayat dilihat bertimbun di bilik mayat sementara.

Dalam setengah jam yang lalu, wartawan Al Jazeera Tareq Abu Azzoum mengesahkan perkara itu.

Menurut sumber perubatan dan pegawai Gaza sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh berikutan pengeboman di beberapa rumah di sebuah daerah di utara Rafah.

Manakala 14 yang lain turut terbunuh selepas letupan di stesen minyak berikutan serangan Israel di Khan Younis.

Gambar yang disiarkan oleh Al Jazeera Arabic di X, menunjukkan beberapa daripada mereka terbunuh dalam serangan terbaru itu dibalut dengan cadar putih dan dibaringkan di atas tanah.

Sebelum serangan terbaru, kementerian kesihatan Gaza telah melaporkan lebih 430 kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu.- Al Jazeera

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI