fb fb fb fb fb

11 polis Mexico terbunuh dalam serangan bersenjata

Pasukan keselamatan ke kawasan kumpulan penjenayah di Coyuca de Benitez/AFP

MEXICO, 23 Oktober- Sekurang-kurangnya 11 anggota polis terbunuh di wilayah Mexico akibat serangan bersenjata berkaitan pengedaran dadah, kata pihak berkuasa.

Penyerang tidak dikenali itu menyasarkan kumpulan rondaan keselamatan di perbandaran Coyuca de Benitez di negeri selatan Guerrero, kata pendakwa raya Alejandro Hernandez.

"Menurut maklumat awal 11 anggota polis diserang dan maut," katanya. Motif pembunuhan itu sedang disiasat.

Menurut pihak berkuasa, kejadian itu berlaku ketika seorang pegawai kanan keselamatan negara sedang dalam perjalanan konvoi.

Mexico menyaksikan lebih 420,000 orang terbunuh sejak kerajaan mengerahkan tentera terlibat dalam menentang kartel dadah pada 2006.

Guerrero merupakan satu kawasan paling ganas di Mexico terutama berkaitan dadah. -AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI