fb fb fb fb fb

Puluhan ribu hadir pengebumian pemimpin belia Bangladesh di Dhaka

Foto AFP

DHAKA, 20 Disember – Puluhan ribu rakyat Bangladesh, termasuk pemimpin kerajaan sementara negara itu, menghadiri upacara pengebumian seorang pemimpin belia dan calon pilihan raya yang ditembak mati, pada Sabtu, semasa kawalan ketat keselamatan.

Sharif Osman Hadi, 32, merupakan tokoh penting dalam kebangkitan pelajar tahun lalu yang menumbangkan bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina.

Beliau ditembak di kepala oleh penyerang bertopeng di Dhaka minggu lalu ketika melancarkan kempen bagi pilihan raya yang dijadualkan Februari ini.

Sharif menghembuskan nafas terakhir di Singapura pada Khamis lalu, selepas enam hari bergantung kepada alat bantuan hayat.

Kematiannya mencetuskan pergolakan di negara Asia Selatan itu, termasuk serangan kumpulan secara terancang ke atas akhbar utama dan institusi kebudayaan.

Polis dan pasukan separa tentera dikerahkan di seluruh ibu negara bagi mengawal keselamatan sepanjang upacara pengebumian, namun tiada laporan mengenai keganasan setakat ini.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN