fb fb fb fb fb

Golongan petani teruskan tunjuk perasaan bantah penakaian lembu dan perjanjian perdagangan

Kerajaan menggesa 'kedamaian sementara' sempena sambutan Krismas / Foto REUTERS

PARIS, 21 Disember - Golongan petani di Perancis meneruskan tunjuk perasaan, walaupun kerajaan menggesa 'kedamaian sementara' sempena sambutan Krismas.

Protes sejak seminggu lepas diteruskan di barat daya negara itu dengan sekatan di jalan raya serta lebuh raya, walaupun Perdana Menteri, Sebastien Lecornu mengumumkan dana sokongan berjumlah €11 juta (US$12 juta) selepas rundingan dengan kesatuan pertanian, selain penangguhan pemeteraian perjanjian Mercosur.

Satu pertemuan baharu bersama kesatuan-kesatuan pertanian turut dicadangkan, awal Januari ini.

Dilaporkan pada Jumaat, kira-kira 80 sekatan jalan raya dilakukan terutamanya di selatan.

Tunjuk perasaan tercetus bagi membantah dasar kerajaan yang menakai kumpulan lembu secara sistematik susulan pengesanan penyakit kulit berketul.

Kumpulan berkenaan turut menyuarakan ketidakpuasan hati dengan perjanjian perdagangan antara Kesatuan Eropah (EU) dengan blok Amerika Selatan yang dianggotai Brazil, Argentina, Paraguay dan Uruguay (Mercosur).

Presiden Emmanuel Macron menerusi hantaran di platform X turut memaklumkan Perancis telah berjaya menangguhkan pemeteraian perjanjian dengan Mercosur kerana pada peringkat ini, terma yang ditetapkan adalah tidak memuaskan.-REUTERS

FAUZIAH ABD RAHMAN