QUNEITRA, 21 Disember - Beberapa kampung di luar bandar Wilayah Quneitra diceroboh tentera Israel dan mendirikan pos kawalan sementara bagi memeriksa pejalan kaki serta kenderaan melalui kawasan berkenaan.
Pos kawalan berkenaan didirikan antaranya di Kampung Ain Ziwan serta Kampung al-Ajraf.
Pencerobohan itu dilakukan sehari selepas puluhan rakyat Syria mengadakan tunjuk perasaan di Bandar al-Salam bagi mengutuk serangan berterusan Zionis.
Walaupun Syria tidak memberikan ancaman ketenteraan secara langsung kepada Israel, serangan udara terus menyasarkan wilayah Syria sehingga mengorbankan orang awam, memusnahkan tapak ketenteraan, kenderaan, senjata serta peluru milik tentera Syria.
Rundingan perjanjian keselamatan kini sedang diadakan antara Damsyik dan Tel Aviv serta Syria telah meletakkan syarat agar perjanjian mestilah mengembalikan keadaan di lapangan seperti sebelum 8 Disember 2024.-ANADOLU