YAMAN, 17 Mac- Puak Huthi di Yaman akan terus menyasarkan kapal-kapal Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah jika AS meneruskan serangan ke atas Yaman, demikian dinyatakan ketua kumpulan itu Abdul Malik al-Huthi.
"Sekiranya mereka meneruskan pencerobohan kami akan meningkatkan serangan balas. Keputusan kami adalah jelas; ia secara khusus hanya melibatkan musuh Israel, dan kini Amerika juga akan dimasukkan dalam larangan itu. Bagaimanapun, transformasi laut Amerika menjadi medan perang dan zon perang sememangnya memberi kesan kepada pelayaran antarabangsa.
"Oleh itu, semua negara mesti mengenali siapa yang menimbulkan bahaya, ancaman kepada pelayaran maritim dan pergerakan kapal (musuh) Amerika," katanya dalam ucapan di televisyen.
Ucapan berkenaan dibuat beberapa jam selepas jurucakap kumpulan itu Yahya Sarea berkata, mereka menyasarkan kapal pengangkut pesawat AS USS Harry S. Truman dan kapal perangnya dengan peluru berpandu balistik dan dron sebagai tindak balas terhadap serangan AS ke atas Yaman.
Bagaimanapun Amerika akan terus menyerang Huthi sehingga kumpulan berkenaan menamatkan serangan ke atas kapal-kapal AS yang menggunakan Laut Merah, kata Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth.
Dalam pada itu Rusia menggesa Amerika untuk menghentikan serangan dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar melakukan sekatan.
Puak Houthi mengetuai kumpulan berkenaan untuk menentang pakatan berkuasa mengharungi konflik dengan Israel selain mengisytiharkan solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza selepas serangan pada 7 Oktober akibat rejim Zionis itu.
Abdul Malik menyifatkan Israel melakukan jenayah kemanusiaan yang perlu dikenakan tindakan antarabangsa.
AS melakukan beberapa siri serangan ke atas puak Huthi pada Sabtu termasuk bandar Dahyan di Saada lokasi puak itu bertemu pelawat.
Namun komander perang jarang tinggal lama di satu tempat, tidak pernah bertemu media selain terkenal dengan keengganan melampau untuk muncul di khalayak ramai.
"Sekarang, kami akan menggandakan serangan dan bertindak balas kepada Amerika dengan menyasarkan peluru berpandu kapal pengangkut pesawat, kapal-kapal termasuk kapal perang negara itu.
"Kesemuanya akan dimasukkan dalam larangan berkenaan namun, kami masih mempunyai pilihan eskalasi. Jika ia meneruskan pencerobohan kami akan beralih kepada pilihan eskalatori tambahan, insya-Allah."
Pergerakan puak Huthi di kawasan pergunungan semakin meningkat hingga menjadi puluhan ribu dan telah membina senjata canggih, termasuk dron serta peluru berpandu balistik.- Reuters