FOTO AFP
MANCHESTER, 15 Februari - Ratusan rakyat di United Kingdom berarak di seluruh bandar negara itu, membantah kenaikan kos sara hidup dan pengumuman kerajaan menaikkan bil elektrik.
Protes dianjur dan diselaraskan oleh kumpulan pendesak politik serta disokong oleh pelbagai kesatuan.
Protes berkenaan diadakan di seluruh bandar di UK hujung minggu lalu.
Pengerusi Perhimpunan Rakyat di Manchester, Chris Neville berkata situasi yang dihadapi oleh rakyat tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Dengan inflasi yang besar dan bil tenaga meningkat sebanyak 50 peratus antara masalah dihadapi pengguna," katanya.
Tambahnya, perhimpunan rakyat itu akan menjadi permulaan gerakan menentang kesemua kenaikan kos sara hidup.-AFP