fb fb fb fb fb

Tunjuk perasaan di Kanada tamat

FOTO AFP

WINDSOR, 15 Februari - Tunjuk perasaan membantah sekatan COVID-19 dan vaksinasi wajib di Kanada yang berlarutan selama enam hari akhirnya tamat.

Ia susulan tindakan tegas Polis Kanada menahan penunjuk perasaan yang mengepung Jambatan Ambassador menghubungkan negara itu dengan Amerika Syarikat.

Sekurang-kurang 30 penunjuk perasaan ditahan selain menyita kenderaan yang digunakan untuk mengepung jambatan tersebut.

Tindakan mengepung jambatan berkenaan oleh penunjuk perasaan telah menjejaskan rantaian bekalan bagi syarikat-syarikat pengeluar kenderaan di Detroit, Amerika ke Kanada.

Protes juga menyebabkan kerugian besar selepas 25 peratus kiriman barang dagangan kedua-dua negara bernilai kira-kira 360 juta dolar yang menggunakan jambatan itu setiap hari.-AFP

Media Baharu