fb fb fb fb fb

Protes bantah bantuan AS, 77 orang ditahan

FOTO AFP

KATHMANDU, 17 Februari- Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi meleraikan protes yang berlangsung di ibu negara Nepal.

Sebanyak 77 orang telah ditahan kerana protes membantah bantuan Amerika Syarikat sebanyak AS$40 bilion (RM20 juta).

Menurut jurucakap polis, mereka yang ditahan selepas membaling batu dan cuba memasuki ke kawasan larangan berdekatan parlimen.

Nepal telah menandatangani pakatan Kerjasama Cabaran Milenium-MCC pada 2017 untuk projek infrastruktur tetapi kerajaan berdepan kesukaran untuk mendapatkan ratifikasi di parlimen sebelum 28 Februari ini.

Ia susulan mendapat bantahan dari rakan gabungan Perdana Menteri, Sher Bahadur Deuba termasuk ahli politik Maoist yang dilihat rapat dengan China dengan menyatakan bantuan berkenaan merendahkan kedaulatan Nepal.

Media tempatan menyebut, China telah melobi ahli politik Nepal mengenai kerisauan mereka dengan berpandangan bantuan itu sebagai usaha Washington untuk meningkatkan pengaruh mereka.

Malah sebuah akhbarnya pada Selasa melaporkan Washington percaya China di sebalik kempen salah maklumat terhadap pakatan itu.

Jurucakap parti pemerintah, Prakash Sharan Mahat berkata bantuan itu dijangka membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Nepal.

"Pemberian ini dijangka membantu merangsang pertumbuhan ekonomi di Nepal... Kami akan terus mengadakan dialog dengan rakan gabungan lain serta parti politik lain untuk menggembleng sokongan mereka untuk membentangkan MCC Compact dalam sesi parlimen akan datang," katanya.

MCC di buat khusus oleh Washington pada 2004 menawarkan bantuan skala besar dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan.

"Sekiranya pengaruh luar dan rasuah menyebabkan parlimen tidak meratifikasi, ia akan menjadi sangat membimbangkan AS, dan kerugian bagi rakyat Nepal," kata jurucakap Jabatan Negara AS.

Prakash Sharan Mahat, jurucakap parti Kongres Nepal yang memerintah berkata bahawa berundur daripada komitmen itu hanya akan menghakis kredibiliti Nepal.

"Pemberian ini dijangka membantu merangsang pertumbuhan ekonomi di Nepal... Kami akan terus mengadakan dialog dengan rakan gabungan lain serta parti politik lain untuk menggembleng sokongan mereka untuk membentangkan MCC Compact dalam sesi parlimen akan datang," katanya.

Cabaran Milenium, yang dicipta oleh Kongres AS pada 2004, menawarkan geran berskala besar untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan, menurut Washington.-AFP

Media Baharu