fb fb fb fb fb

Misi mencari dan menyelamat mangsa banjir di Brazil diteruskan


FOTO REUTERS

RIO DE JANEIRO, 17 Februari- Usaha mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan dan selut diteruskan susulan bencana banjir dan tanah runtuh di Brazil.

Menurut pihak berkuasa, angka maut kini meningkat kepada 94 orang manakala 35 orang lagi dilaporkan hilang dan dikhuatiri angka maut akan melonjak.

Susulan itu lebih ramai anggota bomba dan sukarelawan di kerah untuk operasi SAR terutama di rumah-rumah yang di selimuti selut.

Ini termasuklah menggunakan pelbagai jentera, anjing pengesan dan helikopter bagi mencari mangsa sebelum terlambat.

Sebahagian jalan raya juga berubah menjadi seperti sungai akibat hujan lebat selama 3 jam di bandar pelancongan di kawasan pergunungan utara Rio De Janeiro.

Menurut kerajaan negeri, sekurang-kurangnya 24 orang berjaya diselamatkan.

300 orang kini berada di pusat pemindahan sementara yang kebanyakannya adalah sekolah.

Pihak pertubuhan kebajikan turut menggesa orang ramai menghulurkan bantuan seperti tilam; makanan dan miuman, pakaian, serta pelitup separuh muka.

Menurut Gabenornya, Claudio Castro kawasan tragedi tidak ubah seperti lokasi perang dan terburuk sejak 1932.

Beliau turut memuji tindakan pasukan penyelamat yang berjaya meyelamatkan mangsa yang ramai.

Petropolis dan kawasan sekitar sebelum ini pernah di badai ribut pada 2011 dengan menyaksikan 900 maut akibat banjir dan tanah runtuh. -AFP

Media Baharu