SAN PEDRO SULA, 20 Mei- Seramai 38 orang rakyat Honduras selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ramon Villeda Morales, San Pedro Sula menerusi program CBP Home kendalian Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.
Kumpulan pertama yang pulang secara sukarela itu merangkumi 19 kanak-kanak antaranya empat warga AS dan seorang kanak-kanak warga Mexico, menurut laporan media tempatan, La Prensa.
Program berkenaan merupakan inisiatif Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) AS bagi membantu migran untuk pulang ke negara asal atau negara lain yang sah bagi mereka melalui sokongan kewangan dan dokumen perjalanan.
Menurut laman web rasmi DHS, setiap warga Honduras yang pulang menerusi program itu akan menerima kad bernilai AS$1,000 selepas pengesahan pemulangan melalui aplikasi mudah alih, CBP Home.
Pengarah Imigresen dan Hal Ehwal Luar Honduras, Wilson Paz berkata kerajaan Honduras turut menyediakan bantuan sokongan untuk memudahkan proses penyesuaian semula rakyatnya yang pulang ke tanah air.- REUTERS