fb fb fb fb fb

Nvidia lancar teknologi baharu, tingkat komunikasi cip untuk AI

Foto Reuters

CALIFORNIA, 20 Mei- Syarikat teknologi terkemuka, Nvidia pada Isnin mengumumkan pelancaran teknologi baharu NVLink Fusion yang direka untuk mempercepat komunikasi antara cip.

Teknologi itu merupaka satu keperluan penting dalam pembinaan sistem kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi.

Teknologi NVLink sedia ada digunakan untuk memindahkan sejumlah besar data antara pelbagai cip.

Namun versi baharu ini, akan mula dijual kepada syarikat-syarikat lain bagi membolehkan mereka membina sistem AI khusus dengan beberapa cip yang dihubungkan bersama, meningkatkan kecekapan pemprosesan data.

Langkah tersebut dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Nvidia sebagai firma utama dalam industri AI, terutamanya selepas pelancaran ChatGPT pada 2022 yang merangsang permintaan global terhadap teknologi pemprosesan AI canggih.

Selain itu, Nvidia kini sedang giat mereka bentuk unit pemprosesan pusat (CPU) yang boleh menyokong sistem operasi Windows keluaran Microsoft, menggunakan teknologi daripada Arm Holdings.

Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang, turut mengumumkan rancangan untuk membina ibu pejabat baharu Nvidia di Taiwan, yang akan berpusat di Taipei.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan memberi tekanan kepada syarikat teknologi dengan ancaman tarif baharu, sebagai usaha mendorong peningkatan pengeluaran cip dan komponen teknologi di dalam negara.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM