fb fb fb fb fb

Biden ucap terima kasih atas semua sokongan

tersenyum ke arah kamera sambil duduk di sebelah isterinya, yang memegang seekor kucing di pangkuannya/ Foto X Joe Biden

WASHINGTON, 20 Mei - Bekas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika atas kasih sayang dan sokongan mereka selepas beliau didiagnosis dengan barah prostat.

Bekas presiden berusia 82 tahun itu didiagnosis dengan barah prostat "agresif" dan penyakit itu sudah merebak ke tulang.

"Barah menyentuh hati kita semua. Jill dan saya, seperti ramai di antara kamu belajar bahawa kita paling tabah di saat-saat kita rapuh," menurut Biden menerusi catatan di platform X .

Pada 2015, anak sulungnya Beau meninggal dunia akibat ketumbuhan otak pada usia 46 tahun.

"Terima kasih kerana menguatkan kami dengan kasih sayang dan sokongan," tambah Biden, lapor agensi berita Jerman dpa.

Presiden Donald Trump berharap agar Biden segera pulih , begitu juga dengan bekas Presiden Barack Obama dan isterinya Michelle.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN