fb fb fb fb fb

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media perlu konsisten - NUJM

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 2 Mei - Pencapaian Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 bukan tiket untuk menarik nafas lega.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM), Farah Marshita Abdul Patah berkata seluruh penggiat media sebaliknya perlu terus berusaha memperbaiki serta mempertingkat segala kelemahan dari semasa ke semasa.

(Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM), Farah Marshita Abdul Patah)

"Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terlalu banyak petugas media yang kini bekerja secara kontrak...tiada jaminan pekerjaan yang kukuh. Terdapat juga sesetengah syarikat media culas membayar potongan KWSP, SOCSO dan ada juga yang lambat membayar gaji petugas media.

"NUJM menyeru supaya Malaysia terus bergerak ke arah mencapai kebebasan media yang boleh dibanggakan, hapuskan undang-undang yang masih menyekat kebebasan media...tubuhkan Majlis Media Malaysia dan berikan semua agensi media peluang dan ruang yang sama rata dalam membuat liputan," katanya.

Tambah Farah, semua petugas media juga diharap dapat diberi jaminan untuk menikmati persekitaran kerja yang lebih baik dalam segala aspek.

Media Baharu