fb fb fb fb fb

Kerajaan komited jamin kebebasan dan keterbukaan media – PM

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan komited dalam menjamin aspek kebebasan dan keterbukaan media.

Anwar berkata, pentadbirannya juga sentiasa memastikan proses semak dan imbang terus subur serta berfungsi dengan baik.

(FOTO FB ANWAR IBRAHIM)

“Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 oleh Reporters Without Borders (RSF) menunjukkan Malaysia kini menduduki tempat ke-113 dengan 51.55 mata berbanding tahun sebelumnya, di kedudukan 119 iaitu 60.53 mata,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Tambah Anwar, Malaysia turut menduduki kedudukan tertinggi di ASEAN, diikuti Thailand di kedudukan ke-115, Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176).

Media Baharu