fb fb fb fb fb

Presiden Turki dan isteri positif varian Omicron

FOTO AFP

ISTANBUL, 6 Februari - Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dilaporkan positif COVID-19.

Menerusi akaun Twitter rasminya, beliau memaklumkan, hasil ujian COVID-19 menunjukkan dirinya dan isteri positif selepas mengalami gejala ringan.

Menurutnya lagi, kedua-dua mereka didapati dijangkiti varian Omicron.

Bagaimanapun Erdogan akan meneruskan tugas di rumah.

Beliau juga berharap rakyat mendoakan kesembuhan mereka.

Barisan pentadbiran parti pemerintah AKP, menteri dan pemimpin pembangkang turut mendoakan kesembuhan Erdogan dan isteri.

Media Baharu