fb fb fb fb fb

Presiden Trump dan Putin memulakan perbincangan di Alaska

Perbincangan bagi menamatkan perang di Ukraine / Foto AFP

ALASKA, 16 Ogos - Presiden Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Rusia, Presiden Vladimir Putin memulakan perbincangan di Alaska pada Jumaat mengenai menamatkan perang di Ukraine yang tercetus pada 2022.

Wartawan dan jurukamera dibawa keluar dari bilik mesyuarat sejurus selepas Presiden Trump dan Putin serta pegawai-pegawai lain mengambil tempat duduk di hadapan meja perundingan berlatar belakang tulisan "Pursuing Peace."

Pertemuan ini menandakan perbincangan bersemuka pertama Donald Trump dengan Presiden Putin sejak memulakan penggal kedua sebagai presiden, dengan fokus utama pada perang Rusia ke atas Ukraine.

Turut bersama Presiden Trump ialah Setiausaha Negara Marco Rubio, Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent, Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick dan utusan khas Steve Witkoff. - AFP

HASRON BIN HASSAN