fb fb fb fb fb

Presiden Taiwan lawat runtuhan Maya

GUATEMALA, 2 April - Presiden Taiwan Tsai Ing-wen melawat runtuhan Maya di Taman Negara Tikal pada Sabtu, dalam lawatannya ke Guatemala.

Tsai diiringi Presiden Guatemala Alejandro Giammattei dan pegawai kerajaan dari kedua-dua negara.

Kedua-dua ketua negara itu bertemu pada Jumaat, membincangkan isu dua hala bagi menyatukan hubungan perdagangan.

Guatemala dan Taiwan telah meraikan 62 tahun hubungan dua hala pada November tahun lalu.

(FOTO REUTERS)

Bersama-sama dengan Belize, mereka merupakan satu-satunya dua negara Amerika Tengah yang mengekalkan hubungan dengan pulau itu. - REUTERS

Media Baharu