fb fb fb fb fb

16 terbunuh dalam kejadian rempuhan rebut makanan, di Karachi

KARACHI, 2 April - Angka kematian dalam kejadian rempuhan merebut bantuan makanan di bandar Karachi, Pakistan meningkat kepada 16 orang.

Mangsa yang maut termasuk wanita dan kanak-kanak.

Menurut Ketua Pertubuhan Kebajikan Yayasan Edhi, insiden berlaku pihak berkuasa hilang kawalan ke atas ribuan penerima bantuan tepung percuma dan wang tunai.

Kebanyakkan mereka yang maut akibat dipijak, malah ada lemas apabila terjatuh ke dalam sungai berhampiran.

(FOTO REUTERS)

Program bantuan makanan oleh kerajaan itu dilakukan dalam usaha membantu orang ramai yang terkesan dengan keadaan ekonomi yang semakin meruncing. - REUTERS

Media Baharu