fb fb fb fb fb

Korea Utara dakwa Ukraine mohon senjata nuklear - KCNA

PYONGYANG, 2 April - Korea Utara mendakwa Ukraine memulakan proses permohonan untuk mendapatkan senjata nuklear, bagi mempertahankan wilayahnya daripada serangan Rusia, lapor agensi berita negara KCNA pada Sabtu.

Menurut kakak kepada pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong pejabat Presiden Volodymyr Zelenskiy sedang mengadakan petisyen untuk mendapatkan senjata berkenaan menerusi 25,000 tandatangan.

Kim percaya usaha itu adalah satu lagi plot politik yang dilakukan Zelensky, bagaimanapun beliau tidak mengemukakan sebarang asas bagi tuduhan tersebut.

berkata petisyen seperti ini boleh menjadi plot politik oleh pejabat Presiden Volodymyr Zelenskiy, tetapi tidak memberikan sebarang bukti untuk dakwaan itu.

(FOTO REUTERS)

Berikutan pengumuman Presiden Rusia, Vladimir Putin minggu lalu bahawa Moscow merancang untuk menempatkan senjata nuklear taktikal di Belarus, petisyen awam dibuat pada Khamis.

Sehingga petang Sabtu, petisyen itu hanya memperoleh 611 tandatangan. - REUTERS

Media Baharu