SINGAPURA, 5 Julai - Presiden Singapura, Halimah Yacob, semalam disahkan positif COVID-19 dengan mengalami gejala ringan.
Halimah, 67, bagaimanapun bersyukur kerana beliau sudah lengkap menerima vaksin dan juga dos penggalak.
Perkara itu dimaklumkan oleh beliau sendiri melalui di hantaran di laman Facebook.
"Baru saja didapati positif COVID-19 dengan mengalami simptom ringan seperti selesema.
"Saya berharap dapat pulih secepat mungkin, dan maaf kerana tidak dapat hadir untuk beberapa acara minggu ini," katanya.
(Presiden Singapura, Halimah Yacob/FOTO FB Halimah Yacob)
Halimah turut menerima kata-kata dari pengikutnya di Facebook yang mendoakan agar beliau cepat sembuh.