fb fb fb fb fb

Presiden Peru namakan empat anggota utama kabinet baharu

Dina Boluarte/REUTERS

LIMA, 14 Februari- Presiden Peru Dina Boluarte menamakan pengganti untuk empat anggota utama kabinetnya, termasuk Menteri Ekonomi serta Menteri Tenaga dan Perlombongan dengan kedua-duanya bakal berdepan dengan keadaan yang merosot.

Boluarte membuat pengumuman itu dalam satu majlis televisyen dari ibu kota Lima.

Ahli ekonomi Jose Arista dinamakan untuk menggantikan Menteri Ekonomi Alex Contreras, yang mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu hantaran di media sosial.

Arista ialah bekas pengarah belanjawan dan berkhidmat sebentar sebagai Menteri Ekonomi di bawah bekas Presiden Manuel Merino.

Boluarte turut mengumumkan Romulo Mucho untuk menggantikan Menteri Tenaga dan Perlombongan negara itu, Oscar Vera.

Mucho, seorang jurutera perlombongan, sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan menteri kementerian itu hampir dua dekad lalu.

Peru ialah pengeluar tembaga kedua terbesar di dunia.

Boluarte turut memilih Walter Astudillo untuk berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan baharunya, manakala Juan Carlos Castro akan mengambil alih jawatan Ketua Alam Sekitar.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI