fb fb fb fb fb

Cuaca tidak menentu cetus kebakaran di Australia

Stesen janakuasa arang batu Loy Yang di Melbourne/REUTERS

SYDNEY, 14 Februari- Beratus-ratus ribu penduduk di seluruh negeri Victoria Australia terputus bekalan elektrik selepas cuaca tidak menentu dan mencetuskan kebakaran belukar yang turut mencederakan lima anggota bomba.

Angin kencang pada Selasa menyebabkan elektrik terputus selain terpaksa membuka stesen janakuasa Loy Yang A. Gangguan itu menjejaskan setengah juta pengguna.

Kira-kira 220,000 rumah atau perniagaan masih tidak menerima bekalan elektrik pada pagi Rabu, kata Perdana Menteri Victoria Jacinta Allan kepada pemberita.

"Kami masih kurang daripada 24 jam dalam fasa tindak balas kecemasan," kata Allan.

AGL berkata dua unit di stesen janakuasa itu telah kembali beroperasi manakala dua lagi boleh dihidupkan semula dalam tempoh 24 jam.

Pengendali pasaran tenaga Australia berkata ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk memulihkan kuasa kepada semua pelanggan yang terjejas.

"Rumah kami baru sahaja dihempap ​​pokok.

"Terdapat juga kereta yang telah musnah," kata Menteri Dalam Negeri Persekutuan Clare O'Neil dalam video yang disiarkan menerusi aplikasi X.

Pihak berkuasa berkata seorang lelaki maut akibat serpihan yang berterbangan di selatan negeri itu.

Perkhidmatan kereta api di beberapa laluan Melbourne telah digantung, dan sekurang-kurangnya 10 sekolah dan berpuluh-puluh pusat jagaan kanak-kanak ditutup.

Ribut turut menjejaskan perkhidmatan yarikat telekomunikasi terbesar Australia, Telstra di beberapa wilayah.

Di barat negeri itu, anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan tiga kebakaran belukar yang dicetuskan oleh cuaca panas terik.

Lima anggota bomba juga mengalami luka ringan selepas terperangkap ketika cuba memadamkan kebakaran berhampiran Taman Negara Grampians di barat Victoria, kata Ketua Pegawai di Jabatan Bomba negeri Victoria Jason Heffernan.

"Begitulah keadaan semalam, panas, berangin dan api yang marak," Heffernan memberitahu televisyen ABC.

Biro Cuaca Australia meramalkan keadaan lebih baik pada Rabu dengan suhu rendah hingga pertengahan 20 darjah Celsius (68°F) dan keadaan angin sederhana.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI