fb fb fb fb fb

Presiden Namibia, Hage Geingob meninggal dunia akibat kanser

Hage Geingob meninggal dunia pada usia 82 tahun/ REUTERS

WINDHOEK, 4 Februari- Presiden Namibia, Hage Geingob meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat kanser di Hospital Lady Pohamba pada Ahad.

"Dengan penuh kesedihan dan dukacita saya memaklumkan bahawa Dr. Hage G. Geingob, Presiden Namibia meninggal dunia pada Ahad 4 Februari 2024.

"Berada di sisinya ialah isteri tersayang Madame Monica Geingos dan anak-anak mendiang," pejabat presiden memetik kenyataan pemangku Presiden Namibia Nangolo Mbumba di platform X.

Mbumba berkata Namibia kehilangan seorang pejuang rakyat yang terbilang, ikon perjuangan pembebasan, pengasas perlembagaan dan tunjang utama Namibia.

Geingob disahkan menghidap kanser pada awal Januari selepas melakukan ujian biopsi.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI