fb fb fb fb fb

Polis Belanda tahan 1,000 penunjuk perasaan di The Hague

FOTO AFP

THE HAGUE, 4 Februari- Polis Belanda menahan 1,000 penunjuk perasaan dari kumpulan alam sekitar Extinction Rebellion yang membantah subsidi bahan api fosil negara itu.

Protes dilakukan di lebuh raya A12 di tengah-tengah The Hague, berhampiran parlimen dan beberapa kementerian utama.

Polis bergerak masuk selepas kira-kira 45 minit, memaklumkan di X bahawa mereka telah membuat kira-kira 1,000 tangkapan terhadap penunjuk perasaan kerana melanggar undang-undang mengenai demonstrasi awam.

Polis turut memberitahu media Belanda bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan.

Ia merupakan insiden kali ke sembilan di The Hague sejak Julai 2022.

Parlimen Belanda pada masa itu meminta kerajaan membuat rancangan untuk menghapuskan secara progresif subsidi kepada industri bahan api fosil, dianggarkan 39.7 bilion hingga 46.4 bilion euro (RM202.4 bilion hingga RM236.6 bilion).

Rancangan itu tidak pernah dibentangkan, dan Belanda tidak mempunyai kerajaan sejak parti pemimpin sayap kanan Geert Wilders memenangi undi terbanyak dalam pilihan raya November lalu tetapi tidak dapat membentuk gabungan.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI