fb fb fb fb fb

Presiden Brazil, Lula selar tindakan Israel di Gaza

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva/FOTO AFP

BRASILLIA, 14 November- Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menyalahkan Israel melakukan genosid dengan membunuh rakyat yang tidak bersalah tanpa sebarang kriteria di Gaza.

Lula menyifatkan perbuatan dilakukan rejim Zionis itu adalah amat serius, namun menyamakan tindakan dilakukan oleh pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.

"Selepas tindakan yang dicetuskan oleh Hamas, Israel juga mengambil tindakan sama. Mereka membunuh rakyat (penduduk Gaza) yang tidak bersalah tanpa sebarang kriteria", kata Lula pada satu majlis rasmi di sini.

Pemimpin Amerika Latin itu juga turut menyelar tindakan Israel yang menggugurkan bom di hospital dan kawasan yang mempunyai kanak-kanak dengan menggunakan alasan wujudnya pengganas di situ.

"Ini perkara yang sukar dijelaskan. Mula-mula anda perlu menyelamatkan wanita dan kanak-kanak, kemudian anda berperang dengan sesiapa sahaja yang anda mahu," kata Lula.

Komen Lula dibuat ketika mengalu-alukan kepulangan 22 warga Brazil dan 10 ahli keluarga mereka yang telah dipindahkan dari Gaza pada Ahad melalui sempadan darat dengan Mesir, selepas lebih sebulan menunggu di zon konflik. -AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD