fb fb fb fb fb

Prayut boleh sambung semula tugas perdana menteri - Mahkamah Perlembagaan Thailand

(Perdana Menteri Thailand yang digantung tugas Prayut Chan-O-Cha)

BANGKOK, 30 September- Perdana Menteri Thailand yang digantung tugas Prayut Chan-O-Cha boleh menyambung semula tugasnya, selepas mahkamah perlembagaan negara itu memutuskan bahawa beliau tidak melebihi had penggal lapan tahunnya.

Bekas ketua tentera itu yang menerajui rampasan kuasa pada 2014, telah digantung tugas bulan lalu sementara mahkamah membuat semakan perundangan susulan tindakan parti pembangkang mancabar keabsahan kedudukan Prayut sebagai perdana menteri yang didakwa telah mencapai had penggal memegang jawatan.

"Mahkamah Perlembagaan memutuskan dengan majoriti bahawa jawatan perdana menteri belum mencapai had lapan tahun," kata hakim Punya Udchacon ketika membaca keputusan mahkamah.

"Kabinet bawah jawatan perdana responden dikira mulai 6 April 2017," jelas beliau.

(Penunjuk perasaan angkat tabik hormat tiga jari sebagai simbol bantahan/REUTERS)

Bawah perlembagaan Thailand 2017, seseorang perdana menteri tidak boleh berkhidmat lebih daripada lapan tahun, tetapi penyokong dan pengkritik Prayut berbalah tentang tarikh perkhidmatannya bermula.

Mahkamah memutuskan, Prayut boleh kekal memegang jawatan sehingga 2025 bergantung pada pilihan raya nasional akan datang, yang mesti diadakan dalam tempoh beberapa bulan. -AFP

Media Baharu